Tuesday, May 4, 2010

PEMBUKA KUNCI REZEKI

PEMBUKA KUNCI-KUNCI REZEKI BERDASARKAN KITAB AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


1. Istighfar dan Taubat
Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

i. Hendaklah dia menahan dari melakukan maksiat (tidak lagi mengulanginyalagi).
ii. Hendaklah dia menyesal terhadap ketelanjurannya.
iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk tidak mengulanginya lagi.
iv. Hendaklah dia melepaskan hak tuannya. Hendaklah memulangkan semulaharta kepada tuannya atau meminta maaf atau meminta kemaafannya. Tanpa salah satu ciri-ciri ini, menurut para ulama’, maka taubatnya adalah tidak sah.

Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.).

2. Taqwa.
Memelihara diri dari perkara yang mencetuskan dosa; dan yang demikian diperoleh dengan meninggalkan perkara yang haram. Manakala ketaqwaan itu dapat disempurnakan dengan meninggalkan sebahagian perkara yang harus (mubaah).”

3. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu
dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

4. Bertumpu Ibadah kepada Allah.
Maksudnya bukanlah dengan cara meninggalkan usaha kehidupan dan dudukdalam masjid sewaktu malam dan siang, tetapi apa yang di kehendaki adalahmenghadirkan hati dan tubuh di kala beribadah, terasa kusyu’ dan tunduk kepada Allah Yang Maha Tunggal, merasakan Kebesaran Allah Ta’aala dan merasakan bahawa dirinya sedang bermunajat dengan Tuhan maha Agung lagi Maha Berkuasa.
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

5. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha.
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani).


6. Berbakti dan mendoakan ibu bapa.
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).

7. Berbelanja Di Jalan Allah
Maksud berbelanja (disini) ialah : Berbelanja yang digalakkan dalam Agama seperti berbelanja kepada orang fakir dan berbelanja di jalan Allah untuk menolong Agama (Islam). Berbelanja kepada penuntut atau orang-orang yang menumpukan masanya untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’).

8. Mengamalkan Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asmaul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129)

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca; “Ya Allah ya Fattah berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim”.

9. Membantu Orang Yang Lemah (Miskin).
Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya dengan membantu dan menolong orang-orang fakir (iaitu amat miskin atau orang yang memperoleh pendapatan yang serba tidak mencukupi). Allah akan menolong bagi sesiapa yang berbuat demikian bagi menentang musuh-musuhnya (di kalangan orang-orang Kaafir) dan juga merezekikannya (sehingga mereka menjadi kaya).


10. Berhijrah Dijalan Allah.
Maksud hijrah sebagaimana kata Al-Imaam ar-Raaghib Al-Ashfahaani r.a. ialah “jalan keluar dari Negara kufur (syirik) ke Negara beriman (tauhid), sebagaimana perlakuan penghijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana kata as-sayyid Muhammad Rasyiid Ridha: “Dimana kewujudan berhijrah di jalan Allah Ta’aala bagi menegakkan AgamaNya sebagaimana yang diwajib dan dikasihi Allah Ta’aala, di mana orang-orang Mu’min di kehendaki menolong orang-orang yang dizalimi orang-orang Kaafir.”

11. Membaca Surah Al-Waqiah.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
Sabda Rasulullah SAW:
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

12. Membaca Ayat Seribu Dinar
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.


13. Banyak Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan
kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Amalkan berselawat 100 kali setiap kali lepas solat.

14. Susul-menyusul antara Haji dan Umrah.
Maksudnya hendaklah menjadikan salah satu antara keduanya ikut-mengikutkan, iaitu apabila kamu telah berhaji, maka hendaklah diikuti dengan umrah; dan apabila kamu telah ber‘umrah, maka hendaklah kamu berhaji; kerana keduanya saling ikut-mengikutkan (jika mampu).”


15. Melazimi Kekal Berwudhu’.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki”. Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid).
16. Berikhtiar Sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada
orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop
yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim
lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri
berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

17.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian
dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

18. Berserah kepada Allah (Tawakkal).
Berserah itu tidaklah bermaksud meninggalkan usaha (bekerja keras); dan sungguhnya seseorang Islam perlu bekerja keras, bersungguh dan berusaha mencari sumber pendapatan. Akan tetapi janganlah pula berpegang kepada kerja keras, kesungguhan dan usaha semata-mata (tanpa memohon kepada Allah); malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai) bahawa semua perkara itu adalah kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala rezeki itu adalah daripada Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal sahaja (tiada lah tuhan yang lain selain Allah).

19. Tidak Berputus Asa
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Allah akan menguji hambanya yang beriman sebelum diberi kenikmatan. Hanya orang yang sabar dan tabah sahaja yang akan berjaya. Barangkali Allah lewatkan rezeki pada masa sekarang tetapi dipenghujung usaha diberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Maka teruskan perjuangan yang menagih pengorbanan kerana di akhirnya akan terasa manisnya kejayaan.

20. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur” (Ali Imran: 145).


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya dan dari sumber yang tidak disangka. Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Friday, April 2, 2010

DOA UNTUK IBU BAPA

1. “Ya Tuhan kami,beri ampunlah aku dan kedua bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat )” ( Ibrahim : 41 )

2. “Ya Tuhanku! Ampunilah aku,ibu bapaku,serta bagi sesiapa sahaja yang masuk ke dalam rumahku dengan keadaan beriman; dan semua orang yang beriman,lelaki dan perempuan.Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan” ( Nuh : 28 )

Friday, March 5, 2010

DOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN ISTIQAMAH

“Ya Tuhanku,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami,dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”

Doa ini dibaca oleh para Nabi dan pengikut-pengikut setia mereka.Al-Quran menyebut para pengikut setia Nabi-nabi sebagai ribbiyun.Mereka merupakan hamba-hamba Allah yang bertaqwa.Dalam Al-Quran kita dapati sifat-sifat mereka digambarkan sebagai

“mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah,dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh.Allah menyukai orang-orang yang sabar.” ( Ali Imran :146)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Hussein,Al-Dhahak berkata: “Yang dimaksudkan dengan ‘tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan’ adalah dosa-dosa yang besar;dan maksud ‘tetapkanlah pendirian kami’ bererti jadikanlah kami orang-orang yang selalu tetap memerangi musuh-musuh-Mu,dan janganlah jadikan kami orang-orang yang berpaling dan lari dari mereka.Manakala yang dimaksudkan dengan ‘kaum yang kafir’ adalah orang-orang yang mengingkari keesaan-Mu dan kenabian Nabi-nabi-Mu.”

Al-Quran menggambarkan bahawa pengikut setia para Nabi dan mengikuti ajarannya sentiasa tidak akan pernah menyerah ketika menghadapi pelbagai ujian dan cubaan.Merekalah orang-orang yang sabar dan kuat menghadapi cubaan itu.Sesungguhnya merekalah orang yang sentiasa bermohon dengan doa tersebut.Oleh itu,dalam keadaan apa pun,mereka tidak pernah melupakan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kisah ini menjadi iktibar kepada kita supaya sentiasa bersabar dan menguatkan niat kita dalam menghadapi setiap persoalan yang mendera kita dan janganlah sekali-kali melupakan Allah walaupun hanya sekejap.

Setiap manuasia yang hidup di dunia pasti menghadapi masalah.Kerana itu,seberat apa pun masalah itu,kita harus menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keyakinan akan pertolongan-Nya.

Dengan membaca doa ini mudah-mudahan setiap kesulitan kita dapat diatasi,segala dosa diampuni,dan kita tetap berada dalam landasan yang benar.

Friday, February 19, 2010

DOA YG DIBACA APABILA MENEMUI JALAN BUNTU (dalam apa-apa masalah )

“Ya Allah,aku mengadu kepada-Mu lemahnya kekuatan diriku,sangat terbatasnya kecerdasanku dan kehinaan diriku atas manusia,dengan rahmat Engkau Ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam.

Engkaulah Tuhan Pemelihara sekalian orang-orang dhaif,Engkaulah Tuhanku,kepada siapakah Engkau menyerahkan aku,kepada orang asing yang mengusir aku atau kepada musuh yang menguasai urusanku.Tetapi meskipun demikian aku reda asal saja Engkau tidak memurkai aku.Kemaafan-Mu lebih besar dari dosaku,aku meminta dengan Nur Zat-Mu yang menerangi semua kegelapan,dan dengannya menjadi baik urusan dunia dan akhirat,semoga aku tidak tertimpa kemurkaan-Mu dan azab-Mu.Bagi-Mu sumber keredaan,sehingga Engkau redai aku.Tidak ada daya dan kekuatan hanya dengan Engkau”

DOA UNTUK MEMPERKUAT INGATAN ( Mudah menghafal )

“Allah Yang Maha Rahman Yang mengajarkan Quran.Ia menjadikan insan dan mengajarnya keterangan tentang matahari dan bulan dijadikan-Nya dengan perhitungan, bintang dan pepohonan sujud kepada-Nya.

Jangan engkau gerakkan lidahmu,engkau tergesa-gesa dengan itu.Kamilah yang membacanya dan mengumpulkannya.Apabila Kami membacanya,ikutilah bacaan itu.Kemudian Kami memberikan penjelasannya.

Tetapi itu adalah Quran Yang Mulia,tertulis di papan yang terpelihara ( Lauh Mahfud )”

DOA UNTUK CEPAT TANGGAP DALAM MEMAHAMI ILMU.

“Ya Allah,ilhamilah aku dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk mengetahui semua suruhan-Mu.

Dan dapat untuk mengetahui semua lapangan-Mu.

Berikanlah kepadaku ya Allah,kefahaman yang mendalam dari para Nabi.

Dan kefasihan hafalan para Rasul.

Dan cepatnya ilham para malaikat Muqorrobin.

Dan kurniakanlah kepadaku ya Allah,dengan cahaya ilmu dan cepat menangkap dalam kefahaman.

Dan keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan.

Dan bukalah untukku semua pintu rahmat-Mu.

Dan ajarkanlah kepadaku rahsia hikmat-Mu,ya Tuhan semesta alam.”

Monday, February 15, 2010

  1. Aku berlindung kepada Tuhan Penguasa manusia,Raja manusia,Sembahan manusia,dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia (iaitu) dari jin dan manusia. (An.Nas: 1 - 6)
  2. Ya Tuhanku,aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau yang Tuhanku,dari kedatangan mereka kepadaku. (Al-Mukminun : 97 - 98 )
  3. Ya Tuhan kami,jauhkanlah azab Jahannam dari kami,sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. (Al-Furqan:65-66)
  4. Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Berilah kemaafan kepada kami,ampunilah kami,dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami,maka tolonglah kami terhadap kaum kafir. (Al-Baqarah : 286)
  5. Ya Tuhanku,sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit,dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang. (Al-Anbiyaa' : 83)

Sunday, February 14, 2010

DO’A-DO’A MUSTAJAB.

1. Ya Allah,bukakanlah dadaku,permudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidahku agar mereka faham akan perkataanku.

2. Ya Allah,ampunilah dosa kami dan orang-orang yang beriman yang telah mendahului kami,dan janganlah Engkau jadikan ada perasaan dengki di dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.Ya Allah, Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang.

3. Ya Allah,berikanlah dari isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami orang-orang menjadi idaman hati di masyarakat,dan jadikanlah kami menjadi ikutan bagi orang yang bertaqwa.

4. Ya Allah,berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

5. Ya Allah, semoga Engkau terima do’a kami,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Dan ampunilah dosa kami,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Kasih Sayang.

6. Dengan nama Allah berjalan dan berhentinya kenderaan ini sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
Dan tidaklah mereka yang menentukan takdir,tetapi Allah yang menetapkan takdir sebenarnya.Bumi semua dalam genggamanNya sampai hari kiamat dan semua langit terlipat dalam tangan kananNya.Maha Suci Allah dari yang menyekutukanNya

7. Aku Berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha Sempurna daripada syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.

ADAB BERDO’A

  1. Menjauhi yang diharamkan,baik makanan,minuman mahupun pakaian.
  2. Berdo’a dengan ikhlas hati.
  3. Baik sekali jika didahului dengan sembahyang.
  4. Mengucapkan kalimah tahmid,shalawat dan salam atas nabi Muhammad s.a.w pada awal dan akhir do’a.
  5. Khushu’ dan tenang.
  6. Dengan suara rendah dan mengharap sepenuh hati.
  7. Mengulangi beberapa kali dengan tidak berputus asa.
  8. Menghadirkan diri pada Tuhan.
  9. Jangan berdo’a untuk berbuat jahat.
  10. Jangan berkata atau terlintas dihati ‘aku sudah berdo’a tetapi tidak diperkenankan Tuhan.